E-Usahawan Facebook Page & Promosi Produk Usahawan
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniKelas ICT diadakan pada setiap minggu di PI Pasoh 2. Pada 24 September 2017 telah diadakan kelas E-Usahawan untuk usahawan yang mendaftar sebagai ahli usahawan di PI Pasoh 2 iaitu puan Hasnah, salah seorang usahawan tempatan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Pembelajaran untuk kelas E-Usahawan kali ini adalah berkaitan mempromosikan perniagaan atau produk yang dijual di dalam laman sosial media. Puan Hasnah telah mempelajari cara-cara membuat facebook page perniagaan tudung. Puan Hasnah turut diajar cara-cara menjemput rakan lain untuk mengikuti facebook page perniagaan, cara-cara muat turun gambar ke dalam facebook page penggunaan ayat promosi dan penggunaan hashtag untuk perniagaan produk jualan beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: